Kenali diri anda
Anda akan mendapati yang diri anda begitu berharga
Bukan kerana paras rupa
Juga bukan kerana harta benda yang anda ada
Kerana anda adalah seindah-indah ciptaan Nya
Pasti ada potensi pada setiap individu kelolaan Nya
Potensi yang anda sendiri tidak pernah merasakannya
Potensi yang anda tidak pernah fikirkannya
Potensi untuk menjadi manusia terhebat dan berjaya
Potensi yang bisa mengubah hidup anda
Jangan rosakkan apa yang anda ada
Itu semua pinjaman cuma
Jauhi rokok, dadah dan segala spesies yang sama waktu dengannya
Itu hanya membinasa dirimu saja
Jagalah kesihatan dan makan minum sentiasa
Badan juga amanah yang perlu kita jaga
Kunci kejayaan adalah mengenali diri anda
Setiap insan berhak untuk berjaya
Hargailah diri anda
Kerana dirimu begitu berharga
No comments:
Post a Comment