Wednesday, July 8, 2009

Tau Tak Apa

Dari penulis faveret aku, DR HM Tuah. Kalau bole semua buku tulisan dia aku nak borong. Buku nih aku baca time tengah buat thesis... memang termotivasi dibuatnya! Tau tak apa nih setebal 314 muka surat, berharga RM10 (dapat RM8 masa pesta buku baru nih) dan diterbitkan pada 2009 oleh Alaf 21. Istimewanya buku kali ni ialah, ada temuramah bersama penulis di awal bab! Banyak info DR Tuah yang menjadikan dia seorang motivator yang patut diteladani. Walaupun ayat dia kadang2 menampakkan diri dia "macam bagus"... tapi dia memang bagus pun! Perasan bagus merupakan salah satu motivasi yang perlu ada pada setiap individu! Bukankah manusia itu sebaik-baik kejadian Tuhan? Hargailah diri anda sekiranya anda mahu orang lain juga menghargai anda! Biasanya motivasi DR Tuah berteraskan kisah dan teladan. Semuanya kisah benar dan kadang-kadang berlaku pada diri kita jugak. Ada kisah orang gaji yang cuci tandas guna berus gigi tuannya, kisah orang tua yang tak dipedulikan anak-anaknya, cara tambah rezeki, rezeki dari sampah dan jugak sihat untuk hebat. Pendek kata buku nih memang lengkap untuk memotivasikan semua perkara. Buku kali nih jugak mengandungi pantun di setiap penghujung babnya. Walaupun kadang2 pantun tuh macam tak kena... tapi tetap ada nilai motivasinya. Try lah baca.... tak rugi!

1 comment:

鐵火卷John said...
This comment has been removed by a blog administrator.