Wednesday, July 8, 2009

Sahabat

Sahabat adalah hasil selenggaraan Theresa Ong dari majalah Remaja terbitan kumpulan Karangkraf. Buku setebal 249 mukasurat, berharga RM9 (aku dapat RM7 masa pesta buku baru nih), terbitan tahun 2007 oleh Alaf 21 banyak mengupas tentang erti persahabatan, dan spesis-spesis sahabat yang wujud atas muka bumi nih. Buku nih digarap dengan begitu comel sekali. Terdapat gambar hiasan pada setiap bab dan gambar-gambar ini sangat lawak sebab nampak sangat tengah berlakon. Hahahaha....sungguh tak natural. Buku nih banyak beri tips yang berguna untuk mendapat sahabat sejati, memilih sahabat, etika persahabatan, mengeratkan persahabatan, petua hadapi konflik dan lain-lain lagi. Ada topik hangat yang diperkatakan seperti kawan makan kawan, sahabatku yang over, strategi bila bergaduh, sahabat kaki kelentong dan banyak lagi! Memang ada yang kena pun ngan aku ini.... Adatlah kan... bila dah bersosial, macam-macam karenah orang lah kita jumpa. Ada yang memang layak di panggil sahabat.... ada yang langsung tak layak dibuat kawan! Apa-apa pun, buku ini merupakan satu bacaan santai yang berjaya menyedarkan aku bahawa pentingnya kawan dalam hidup ini walau macam mana keadaan sekalipun... Lebih-lebih lagi zaman canggih sekarang nih dah ada pelbagai kemudahan untuk berkomunikasi. Apa lagi... on lah YM,Facebook dan yang sewaktu dengan nya! Cari balik kawan-kawan lama yang pernah mewarnai hidup anda!

1 comment:

鐵火卷John said...
This comment has been removed by a blog administrator.