Sunday, July 19, 2009

Aktiviti pada 19hb Julai 2009

Hari ini, aku bawa Kimi untuk temankan aku ke Majlis Jualan Rapat Avon 2009 di PWTC. Tahun lepas aku pergi sorang. Tapi untuk tahun ini, aku dah belikan 2 tiket. Ingatkan nak ajak abah sekali... Abah macam tak berminat jer... Tak apa lah... aku ada sorang lagi hero penyelamat keadaan. Aku umpan kimi dengan perkataan "konsert". "Kimi nak ikut mama gi tengok konsert, tak?" "Nak! Nak!" Hahaha.., berjaya jugak taktik aku nih.... So, abah hantar kita orang tepat pukul 1.50 ptg dari rumah. PWTC dekat jer.... kira-kira pukul 2.05 ptg dah sampai. Tinggallah adek ngan abah berdua menghabiskan hari minggu kat rumah.

Sampai jer kat Dewan Serbaguna tuh, majlis dah start dah... Bertemakan "Pengantin", meriah sungguh majlis kali nih dengan pelamin, bilik pengantin dan barang hantaran. Tahun nih aku tak dapat duduk depan... Memang ada tempat duduk kat depan, tapi untuk sorang jer... So, kena cari tempat kosong untuk berdua.


Ha! Ada pun... Kimi duduk kat sebelah kakak berbaju hijau tuh... Dah namanya budak, memang tak bole nak duduk diam. Akhirnya kakak tuh mengalah.... pergi ke tempat duduk lain! Huhuhu.... sorry! Memang susah nak kawal kimi... sib baik dia tak protes tadi!

Pada mulanya Kimi nampak terpegun gak... first time tengok "konsert".


Gambar nih Kimi yang rakam.
Saja aku bagi dia tangkap gambar.... nak kurangkan kebosanan dia.



Gambar-gambar nih dirakan untuk menenangkan Kimi yang semakin menunjukkan tanda-tanda gelisah! Dua kali mintak pergi Toilet. Nak kencing katanya. Aku tahu, itu alasan saja. Dia memang nak keluar dari situ. Aku umpan lagi... belikan dia sandwich. Seronok betul dia pekena sandwich sambil tengok "konsert".



Wah! Tak sangka sangat! Masa beli tiket baru nih, aku tanya Kak Liza, artis mana yang perform kali nih. Kak Liza kata Faizal Tahir. Tapi aku tak percaya sebab baru malam tadi Faizal Tahir perform kat APM di Jakarta! Faizal kata dia baru jer sampai dari Jakarta.
Wah... Superman lah katakan....


Majlis habis pukul 6 ptg. Makanan disediakan di tingkat 5. Masa beratur keluar dari Dewan, aku pegang tangan kimi erat-erat, sebab takut dia hilang bersama ribuan orang yang datang kat majlis tuh. Tiba-tiba ada seorang makcik berbadan sedap depan kimi, menoleh ke arah kimi. "Budak nih cubit bontot aku!" Hah??? Nak marah... tapi aku dah gelak dulu! Bila keadaan dah tenang.... aku tanya Kimi... "Kimi cubit bontot makcik tuh tadi ke?" "Tak ada lah.... Kimi cubit bontot mama!" Hahahaha.... Tak nak ngakulah tuh!

Kami dihidangkan dengan juadah mi goreng, kek coklat, kek swiss roll, biskut ngan air sirap. Duduk atas lantai jer.... dah tak cukup kerusi. Aku bagitau Kimi... kita tengah picnic nih... tak ada lah dia rasa daif sangat.



Hahaha.... dah kenyang, tangkap gambar lagi!


Ini jer satu-satunya gambar yang lengang...
Gambar mantan PM yang lain penuh orang lain ambik gambar.


Tunggu abah ambik kat depan PWTC.



Sempat lagi berpossing sebelum abah sampai.


Hahaha.... Kimi penat sangat! Baru jer beberapa meter bergerak, dah tidur!


Nih ada oleh-oleh untuk pengunjung blog ini. Aku sempat rakam 3 lagu nyanyian Faizal Tahir. Layan.....



3 comments:

Fatima Saiful said...

aiseh...nih mesti byk tgk cite sin chan nih...;)

yantie said...

ade potensi btol anak ko ni..

LydiaRosli said...

hahaha...
dah soal siasat dia malam tuh.
tanya lagi...nape cubit bontot makcik tuh?
"Kimi ingat bantal yang bergerak... rupanya bontot makcik"

memang badan makcik tu sedap2...