Thursday, July 9, 2009

Ayat-Ayat Cinta

Inilah novel pertama yang aku baca setelah hampir 10 tahun tak baca novel melayu atau english. Antara sebab kenapa aku tak suka baca novel adalah kerana tak nak hanyut dibuai perasaan atau emosi yang tak pasti. Tapi kali nih... aku kalah dengan ayat-ayat cinta. Bukan mudah aku nak jiwang, tau! Novel terbaik setakat ini... memang patut pun menang banyak award ngan best seller. Novel nih bukan sebarang novel. Awa pernah bagitau aku yang novel nih lebih kepada manual percintaan menurut kaca mata Islam. Si Badek pulak buat hantaran buku nih masa dia kawen. 2 minggu aku ambik masa nak perabih novel setebal 492 mukasurat nih. Terasa lambat sangat nak habiskan... kandungannya memang sarat dan berat... tak seperti buku santai yang biasa aku baca. Nak baca skip-skip, terasa sayang pulak...
Kisah Fahri yang dicintai oleh ramai wanita. Bagi aku fahri terlalu sempurna.... susah nak jumpa mamat macam nih... Berkawan baik dengan Maria, seorang gadis mesir. Diminati oleh Nurul dan Noura... Akhirnya berkahwin dengan Aisya. Uwaaa.... sedey tau baca diari Maria. Meleleh air mata sepanjang baca bab tuh. Fahri nih blur la! Tak kan tak paham-paham Maria suka dia.... uhuk!
Komen aku.... aku suka cerita nih.... hajat nak baca laskar pelangi pulak....

4 comments:

sitinurulhawa said...

hehe akhirnya berjaya jugak ko habiskan kan neng.. tahniah :)

sekarang ni novel2 yang menggugah pemikiran senang nak dapat. tinggal pilih saja, tapi bila membaca paling mencabar ialah mencari erti2 disebalik cerita.

aku sedang baca laskar pelangi. mengejutkan. andrea hirata yang tak pernah menulis dan belajar sastera dapat menghasilkan metafora2 yang canggih tapi halus dan licin juga lucu. betul2 dia seorang pemerhati dan pengingat yang baik. cepatla ko cari buku ni, nanti boleh kita cerita2 :)

LydiaRosli said...

uwaaaaa
aku kena cari edisi Malaysia...
kalau Indon aku kurang faham.
yanti pun kata citernye best.
nampaknya aku dah menjadi pencinta novel pembangunan jiwa la pas nih...

Anonymous said...

Sememangnya Ayat2 Cinta sebuah novel yang amat menarik sekali. Tapi jangan lupa untuk membaca satu lagi karya Kang Abik "Ketika Cinta Bertasbih" yang lagi menggugah jiwa daripada AAC bagi saya.

chamizah said...

ha..lydia..cha dh bace Ayat2 Cinta ni thn lps..tp versi indon nyer novel..ayat dia lg best...cha pon da bace yg versi BM, tp x sesedap indon..hehehe..maybe sbb author dia pon org indon gak, tu yg bhs dia yg yg best..tp mmg best gile citer ni kan..dh tgk movie dia? jln citer movie x same ngn novel..movie nyer x best.. skrg tgh usaha mengabiskan pembacaan Ketika Cinta Bertasbih..