Friday, July 8, 2011

Menguruskan Disiplin Sikap Kita

Terdapat beberapa cara untuk menguruskan disiplin sikap kita. 5 langkah berikut merupakan cara yang dianjurkan oleh John C. Maxwell dari buku Make Today Count.

1) Akui yang sikap kita perlu diperbaiki setiap hari
~ Teringat status seorang rakan di FB "I want to be nobody, because nobody is perfect!" Errr... lagu Wondergirls pun cakap "I want nobody, nobody!" Sorry, off topic!

2) Cari sesuatu yang positif dalam segalanya
Soalan: Apakah kriteria pekerja yang membantu anda di Calcutta?
Jawapan Mother Teresa: Kemahuan bekerja keras dan sikap yang ceria
* Sumber: Buku Laugh Again tulisan Chuck Swindoll

3) Cari orang yang positif dalam setiap situasi
~ Iyerlah, kan.... orang yang negatif akan menyebarkan aura negatifnya pada orang lain!

4) Sebut perkara-perkara positif dalam setiap perbualan
~ Kata-kata merupakan doa...

5) Buang perkataan-perkataan negatif daripada kamus kita
~ Semasa zaman persekolahan dulu, aku sering tulis "Fikirkan Boleh!" pada setiap helaian kertas soalan peperiksaan. Alhamdullilah.... dipermudahkan!

6) Ucapkan terima kasih setiap hari
~ Oprah Winfrey pernah mencadangkan agar berjuta-juta penonton rancangannya agar menyimpan "buku hutang budi".

2 comments:

zuwaidah said...

yaaaa sangat setuju. terutama sekali bila kita nak mendisplin kan anak2, ibu bapa yang perlu memberi contoh terlebih dahulu sebelum kita warnai sikap anak2 kita

LydiaRosli said...

zuwaidah,

ya betul...
jangan jadi seperti ketam mengajar anak berjalan pula...
;-)