Berikut merupakan beberapa cara yang dianjurkan oleh John C. Maxwell dari buku Make Today Count. - Bertanggungjawab ke atas sikap kita ~ Tiada siapa yang dapat membuatkan kita gembira. Itu adalah tanggungjawab kita sendiri
- Putuskan bagi mengubah bahagian-bahagian sikap kita yang buruk ~ Hanya kita sendiri yang dapat mengubah sikap kita
- Berfikir, bertindak, bercakap dan berkelakuan seperti apa yang kita mahu ~ Sekiranya mahu berubah, kita perlu bermula dengan cara pemikiran kita sendiri
- Sentiasa bersangka baik
- Hargai kehidupan dengan lebih baik ~ Jangan suka merungut!
* Cara yang ke-5 sangat menarik perhatianku! Pernah merungut??? Memang selalu! Penat... boring... cepatnya masa berlalu... makanan tak sedap (cuba elakkan! nampak sangat tak bersyukur!)... banyaknya kerja!
Orang begini tidak menghargai kehidupan, tidak kira betapa baik hidup mereka. Menghargai sesuatu tiada kena-mengena dengan cita rasa ataupun kecanggihan. Semuanya bergantung pada perspektif kita, iaitu cara kita melihatnya.
Gambar: http://www.jawaban.com
No comments:
Post a Comment