Monday, February 28, 2011

Hari pertama kerja 2011

Pejam celik pejam celik dah berakhir cuti bersalin selama 70 hari. Semestinya aku ada beberapa azam untuk memotivasikan diri dan meningkatkan prestasi kerja pada tahun ini.

1) Datang awal ke pejabat.
~ Gagal! Aku lewat hampir setengah jam! Belum biasa dengan rutin baru selepas beranak 3. Ceh! Alasan.

2) Kurangkan ber'fb' di pejabat.
~ Berjaya. Hari ini aku berjaya buka fb selama 3 minit saja! Hanya untuk melihat notifikasi sahaja!

3) Kurangkan borak.
~ Hampir berjaya. Tapi masih boleh dibanggakan.

4) Rancang kerja untuk hari ini dan esok.
~ Paling berjaya! Rancang jer memang senang!

5) Kurangkan aktiviti makan.
Berjaya! Tapi sering buka laci dan beg cari makanan.

6) Tidak bertangguh kerja.
~ Berjaya. Kerana hari ini hanya merangka kerja sahaja! Saja untuk ambil mood!

No comments: