* Gambar dari http://www.fadzilahkamsah.com/ Masa pesta buku baru nih, aku beli banyak koleksi kaset dari Telaga Biru. Harga berbeza mengikut populariti penceramah. Kalau kaset Dr Fadzilah Kamsah ngan Ustazah Bahyah RM4, Dr Tuah RM2, kalau penceramah yang kurang bernama dapatlah harga RM1. Dalam banyak-banyak koleksi tuh, aku cuma beli 1 kaset jer dari Dr Fadzilah Kamsah. Tajuknya "Menangani Sifat Marah". Bila aku masukkan aje kat kaset player dalam kereta, tetiba dengar suara perempuan yang memberi salam.... UIkk??? Agaknya pengerusi majlis kot. Tapi suaranya familiar sangat! OOoo... Ustazah Bahyah rupanya.... Apa dia buat kat kaset Dr Fadzilah Kamsah nih?? Kalau kaset suami dia aku bolehlah terima kenyataan lagi... Lama pulak cakap tuh! Sekali dia cakap tajuk perbincangan ialah "18 Amalan.... (yang belakang nih aku tak ingat sbb aku dah frust!)" Lor... macam mana bole tersilap kaset nih??? Aku tengok pada cetakan atas kaset tuh... Hmmm...betol nama Dr Fadzillah Kamsah... Apa kes bole salah masuk pita nih??? Tak apa lah... Layan jer lah ceramah Ustazah Bahyah... Ok jugak... Sedap suaranya! Memang sesuai benar jadi penceramah. Kalau tengok kat TV, kureng sikit.... Agaknya sebab pergerakan dia yang hyperaktif kot...
Ok tak apa... dengar jer ceramahnya... Tapi jarak rumah ke office dekat sangat... Dapat dengar dalam 10 minit jer... Balik nanti dengar lagi 10 minit. Cukup 5 hari bekerja, habis 1 kaset. Selepas nih boleh dengar kaset Dr Tuah lak... Semalam aku balik kerja dalam keadaan hujan lebat. Dalam kedinginan air-cond dalam kereta, aku sambung dengar ceramah Ustazah Bahyah tuh. Tetiba aku rasa seriau semacam bila dengar cerita Ustazah Bahyah tuh.... Dah lah tengah sejuk nih....
"Diceritakan oleh Ibnu Hajar, kisah seorang lelaki yang menyempurnakan upacara pengebumian saudara perempuannya. Dia mengikuti upacara tuh sehingga ke dalam lubang kubur. Bila dah selesai upacara pengebumian, barulah dia sedar yang dompetnya tercicir di dalam lubang kubur tadi. Dengan senyap-senyap, malam tuh jugak dia menggali kubur tuh.... duit punya pasal! Gali kubur pun, gali lah! Sedang asyik menggali kubur tuh, tiba-tiba si pemuda ini dikejutkan oleh oleh julangan api yang datang dari arah lubang kubur tuh.... Dia pun bertempiaran lari pulang ke rumahnya sambil menangis ketakutan! Sampai jer kat rumah, mak dia pun bertanya. Apa yang membuatkan anak terunanya menangis sebegitu rupa.... Si teruna tuh pun berceritalah dengan emaknya cerita yang berlaku di kubur saudara perempuannya sekejap tadi. Mak dia kata... itu semua kuasa tuhan, bila saja orang yang dah meninggal itu dikuburkan dan ditinggalkan oleh saudara-maranya, maka bermulalah seksa kubur mengikut amalan kita semasa hidup. Si teruna tuh pun bertanyalah pada emaknya, apa amalan saudara perempuannya sehinggakan dia diseksa sebigitu rupa??? Mak dia cakap, saudara perempuan dia nih suka benar meringgankan solat, melambat-lambatkan solat, suka qada solat, tak jaga waktu solat.... pendek kata apa saja yang berkaitan ngan solat, dia buat dek jer... "Alah.. tak apa...boleh qada"..."
Huhuhuhuhu... takutnya!!!! Menggigil rasanya! Dah lah tengah sejuk nih! Hujan lebat pulak tuh! Tapi cerita nih betul-betul meninggalkan kesan kat aku nih... Ustazah Bahyah nih memang layak dianugerahkan pencerita terbaik! Korang pulak macam mana??? Ada rasa apa-apa tak?? Ker biasa-biasa jer??? HMmmm... nampaknya akulah yang kena belajar macam mana cara nak bercerita!
2 comments:
kalau baca dgn nada suspen, seram dan sedih terasa gak oi..
yanti...
itu kalau melengah-lengahkan solat...
yang tak solat langsung lagi haru!
Post a Comment