- Mini skirt punca selulit?
~ ini fakta yer... researcher dari Universiti Gottingten, Jerman dah buat kajian. Badan kita secara semula jadinya akan menghasilkan selulit kalau cuaca sejuk, lebih2 lagi kalau pakai seksi! Ini memang fitrah! Tu ler... cuaca sejuk, ada hati nak pakai mini skirt. Tak pasal-pasal berselulit. Aku pernah masuk rumah salji kat Genting Highlands, ada pompuan pakai seluar pendek masuk rumah salji tuh! Gilo apo! Dah lah masuk peti ais suhu takat beku!
- Seluar dalam ketat: kurangkan jumlah sperma
~ yang nih utk lelaki. Jalan terbaik ialah... pakai boxer!
- Thong: seluar dalam undang jangkitan
~ nih adik beradik G-String! Mana taknya... bahagian bontot yang ditutup tersangatlah minimum! Keadaan ini boleh membawa bakteria dari dubur ke arah faraj! Mengakibatkan jangkitan pundi dan faraj serta radang. Iskh...iskh... Selesa ker pakai gitu? Lagi satu... pastikan seluar dalam dari kain kapas yer!
- Korset rosakkan organ dalaman
~ yang ini merujuk pada trend sekarang. Banyak benar brand korset. Siap bole buat MLM lagi! Kalau dah MLM tuh....sure rega ribu riban! Padahal harga kos jauh lebih murah! Tak elok tuh! Girdle pun sama! Bahaya dari segi kulit takleh bernafas, akan menyebabkan kulit melecet, gatal-gatal dan berbintik merah! Gitu la jugak halnya dengan seluar jeans ketat! Apalah gunanya menyeksi kalau seluar jeans yang ketat tuh menusuk alat kelamin?????
- Beg tangan penyebab sakit belakang, bahu
~ Apa yang bole kita buat ialah, jangan bawak handbeg berat! Kalau bawak gak, pastikan galas secara bergilir sebelah bahu kanan atau kiri. Kalau ada beg galas lagi bagus!
- Hip hugger
~ Yang nih seluar jeans yang nampak alur bontot! Dah lah bakteria senang nak masuk, bau yang kat dalam pun bole terkeluar! Betol!!! Aku dah kena! Ingatkan apa la bau busuk sangat nih. Rupanya ada pompuan gemok sebelah aku pakai seluar jeans nampak alor bontot! UWaaaaa!!!! Ngeri!!! Busuk giler! Lagi satu, akan sakit pada tulang pelvis... yer la... orang pakai seluar takat pinggang... nih pakai seluar takat tulang pinggul... Seksi la tuh kononnya!
- Bercoli
~ Yang nih pun serius jugak! Biasa dengar gak yang pakai coli bole menyebabkan kanser payu dara. Tapi tak faham... apa kaitannya??? Meh sini nak story. Peredaran limfa dalam banyak tisu banyak bergantung pada pergerakan. Sebab tuh bila kita duduk pegun satu posisi terlalu lama, kaki dan buku lali boleh membengkak seba peredaran limfa hampir sifar. Samalah halnya ngan pemakaian coli nih. Pemakaian coli yang ketat (terutama yang berdawai) terutamanya ketika tidur, mencegah peredaran limfa yang normal dan cenderung kepada penyebab kanser. Sebenarnya setiap goyangan payudara ketika berjalan, berlari dan sebagainya mengurut payudara dan meningkatkan aliran limfa. Dan dengan itu membersihkan payudara daripada toksin dan sisa yang muncul dari metabolisme sel. Fungsi sistem limfa ialah untuk menapis toksin dan jugak bakteria. Kalau sistem limfa tersumbat, maknanya segala toksin dan bakteria terkumpul kat sekitar payudara! Keterangan tentang peredaran limfa. So, kawan-kawan! Setiap goyangan tuh penting yer! Kira senaman jugak tuh! Apa yang perlu kita buat?? Tak kan tak pakai coli, kot??? Bole pakai...tapi pastikan dalam jangka masa yang seminima mungkin! Bebaskan dari coli terutama waktu tidur malam! Pilih coli yang selesa, tidak ketat, kalau boleh tanpa dawai. Actually perkara no.1 yang buku nih cakap, Jangan Bercoli! Tapi aku tak nak lah bagi nasihat yang begitu drastik kat kawan-kawan aku nih.....
Topik yang lain pun best jugak... tapi dah biasa sangat dibincangkan seperti kasut tumit tinggi, bertindik, meluruskan rambut, tatu, etc.....
Huhuhu.. nih baru 1 buku... ada berpuluh lagi buku CAP aku nak share!
7 comments:
alur bontot hitam berkerak, selulit berselirat. aku kadang2 rasa nak je ambik gambor pastu tunjuk kat org tu 'betapa jeleknya bontot dia'
pasal bra tu lama dah dengar. ada org tidur pon pakai sebab nak jaga bentuk. sebenarnya kalau nak jaga bentuk buat senaman - baring atas step (kalau kat rumah bleh baring atas meja sofa) dan angkat dumbbell (kalau kat rumah boleh la angkat pek gula ke tepung ke) mula dengan 2 tangan bertemu lurus menunjuk syiling gerak ke sisi hingga kedudukan tangan hampir selari dengan badan .
http://www.youtube.com/watch?v=QeqbKZxeP2A
aku pun percaya gitu gak.
pakai bra utk jaga bentuk dan tak nak jatuh.tapi teori tuh salah!
jalan terbaik memang bersenam...
thanks awa for the tip!
berguna betul info ko nih neng, aku sukaaaaa bangat. Heheh. Adik ipar aku promote kat aku beli beautiful corset yg harga ribu2 tu, bayar bulan2 rendah kononnya adik beradik la kan..dia buat bisness MLM ler tu. AKu tak beli lagi coz aku takot tak berbaloi, dah le pemalas pakai corset, harga ribu2 lak tu,lama sangat berhutang, aku paling tak suka berhutang piutang kalo tak berbaloi. apesal mahal, adakah memang berkualiti, atau sebab diorang nih buat MLM, terpaksa harga mahal untuk dikongsi keuntungan dengan ramai pihak?
sebenarnya pemakaian korset dianggap penganiyaan terhadap kaum wanita sejak zaman victoria lagi.
tapi masih berlaku pada zaman sekarang. bezanya... sukarela!
bersenam jer cara terbaik nak dapatkan badan yang cantek! cuma kena rajin... tak yah kuar banyak modal. badan pun sihat.
pst....uwaaaaaaaaa...aku pun dah banyak habis duit sbb nak dapat badan idaman....!
een, tak payah la beli beautiful tu...tak berbaloi la..selalu rosak (aku dah beli dulu)...sekali rosak selalu akan rosak walau dah baiki...
aku selalu jumpa manusia pakai g-string pahtu pakai jeans bawah pusat...bila duduk abih nampak alur bontot..adeiii..pengotorrrr laaa...dia igt seksi ke..padahal pengotooooorrrrrr...
salam.. sedap blog hopping and saw this interesting topic.
hmm agree dengan semua tu tapi beg tangan berat? rasanya beg sekolah kita lagi berat dari handbag2 kita skrg kan? maybe it meant for beg galas kot..
armouris: thanks bagi link yang berguna tuh!
adia: ada jenis orang yg suka letak macam2 dalam beg dia. itu yang bahaya tuh. beg berat macam batu. tapi betul jugak...beg budak sekolah lagi berat!
Post a Comment