
Terkejut! Van siapalah yang terbakar ni? Berderau rasanya tatkala melihat kesan van yang hangus terbakar tersadai di bahu jalan laluan harianku. Sepantas kilat wajah ceria Hakimi terpancar di kotak ingatanku. Ya, Allah! Jauhi anakku dari segala malapetaka!
"Mama..!!!"
"Alhamdulillah..... anak-anakku selamat!
Memang benar sangkaan aku. Van yang terbakar itulah yang mengambil dan menghantar Hakimi ke sekolah kebangsaan dan juga ke sekolah agama. Syukur kerana semasa kejadian kebakaran dan letupan itu hanya pemandu sahaja berada di tempat kejadian. Simpati kepada Kak Dahlia di atas kerosakan van tersebut.
2 comments:
hangus habis! pnh tgk van ambulans klinik meletop...nasib baik suma patients dh kuar
follow sini
nasib baik tak jadi apa2
Post a Comment