Sunday, December 26, 2010

Kosong!


Apa yang kosong? Rumah. Hati. Jiwa. Raga. Semuanya terasa kosong! Budak-budak comel balik bercuti ke Bintulu. 1 Disember lepas, lambaian terakhir dari dua heroku! Jiwa kacau dibuatnya! Ingatkan bila dah tak ada budak-budak kat rumah, bolehlah aku siapkan segala projek terbengkalai. Tapi... tetap kosong! Tak bergerak! Setiap masa teringat. Tak boleh fokus! Baca buku pun teringat-ingat. Esok budak-budak comel akan balik. Harapan aku cuma satu. Semoga yang kosong terisi kembali.


No comments: