Monday, November 2, 2009

Syukur Alhamdulillah....

Penatnya hari nih. Dari pagi sampai petang, sekarang nih baru dapat duduk sambil menjulur kaki. Dah lah pagi tadi ada dokumen tertinggal di rumah. Siap balik rumah lagi tuh...Tapi tak apa... penat hari ni aje. Lepas nih tunggu untuk pengesahan jawatan selepas setahun hingga tiga tahun lagi. Alkisahnya hari nih tadi aku melapor diri untuk jawatan tetap sebagai Pegawai Penyelidik di UTM KL. Dah 6 tahun aku kat sini since April 2003. Masa tuh aku ngandung Kimi. Masa interview sorok perut. Payah benar nak dapat kerja kalau bakal majikan tahu aku nih tengah ngandung. Tapi tu lah... dah namanya rezeki... setelah bertahun-tahun renew kontrak (siap pernah benti kerja lagi), baru sekarang aku dapat jawatan tetap tuh. Aku cuma dapat lafaz Alhamdulillah... Kita tak tahu rezeki kita kat mana... cuma jangan berhenti usaha sahaja. Itu saja cerita yang dapat aku share hari ini.

No comments: