Berat badan punya taruhan
Topik yang hangat dikalangan orang perempuan
Tak ketinggalan juga lelaki dan pondan
Begitu jugalah arakian
Cerita yang aku nak sampaikan
Semuanya pasal berat badan
Sekejap naik, sekejap turun... ikut keadaan
Tak jaga makan
Tau-taulah jawapan
(2004 - 50kg)
Mulanya tak jadi persoalan
Badan maintain jaga makan
50kg selepas bersalin...oklah, kan?
Bukannya senang nak jaga badan
(2005 - 50kg)
Masa berlalu tidakku perasan
Anak membesar, membelai perasaan
Berat masih ditahap mapan
Masih cantek mata memandang
(2006 - 60kg)
Fuh! Bermulanya aku menternak badan
Setahun naik 10 kilogram
Susahnya nak cari baju yang padan
Memang tak kena kalau nak melaram
Seluar pun dah banyak tak bersesuaian
Gambar pun tak banyak aku rakam
Malu pipi dah semakin menembam
(2007 - 60kg)
Setelah dua kali melahirkan
Berat gitu jugak... tak padan-padan
Ibu dan anak, sama-sama tembam
Nak buat macam mana, bagai dipam-pam?
(Julai 2008 - 58kg)
Percubaan demi percubaan
Akhirnya kurang juga beberapa kilogram
Tak apalah...boleh lah..kan?
Niat nak kurang lagi jadi 55 kilogram
(Dec 2008 - 55kg)
Akhirnya tercapai juga 55 kilogram
Teringin sangat nak melaram
Pakai semula baju dan seluar yang kuperam
Dari saiz seluar 32 ke 29
Sekarang dah nak pakai saiz 28
Katakan TIDAK! Pada KEGEMUKAN!
(Feb 2009 - 54kg)
Masih lagi usaha terus-terusan
Inginku buang segala bonjolan
Beratku kini 54 kilogram
Targetku 50kg, so... tinggal 4 kilogram
Dapatkah aku capai sasaran?


15 comments:
wowwww hebat penangan kopi tu iyer...slim mulim dah Lydia.. cun lagi
kopi sekadar suplemen...
yang penting jaga kalori dan senaman...
:)
amboii happynye.. bukan main bergurindam bagai :P
ko 4kg gi nak 50, aku lak 4 kg gi baru nak 55. pusing2 tak tu gak. kalau ikutkan rasa penat. silap2 bleh give up ni.
berat tak kurang sgt, tp saiz kurang plak. last week jumpa ani, dia kata aku kurus dr dulu. padahal kalau ikut timbang berat dari dulu. agaknya sebab build up lean mucles kot. al maklumla dolu2 mana ada bersenam. otot berat 2 kali ganda dari lemak. hehe statement sedapkan hati. tp bagusnya otot guna bnyk kalori. senam hari ni , esok masih burning lagi.
releks..jgn pressure2 nnt berat naik semula..pressure nak turunkan berat takut jd makin berat (ni utk motivasi aku ni)..
skrg aku kontrol mkn je..tp dah seminggu aku mcm hilang selera, mkn sekadar ilangkan lapar..nape ntah..huhuuhuhuuuhuh
betol...
kadang2 rasa nak give up.
awat degil sangat lemak2 tepu nih.
berat tak turun...tapi inci kurang...oklah..kan?
nak bakar lebih banyak kalori nih..
bersenam, berjalan, ngemas rumah, ngemop, nyapu...apa saja aktiviti fizikal.
tak nak bagi lemak terkumpul lagi.
yanti hilang selera makan??
adakah syahirah bakal jadi kakak??
;)
hahahaha tidak le...
Syahirah aktif sgt..sampai aku hilang selera mkn sbb dia duk "mengemas" mknan abih tukang langgang...
aku rasa satu lg aku letih seminggu ni tu pasal ilang selera...
Pelik dan hairan,kan??
Nape ada orang kaki perli?
Ngata ngutuk orang sana sini?
Hati orang tak dipeduli
Larat ke nak ngusung dosa sendiri?
Tak percaya aku kurang inci?
Adakah itu hasad atau dengki?
Atau rasa dah cukup sempurna untuk mengeji?
Tahu tak ngkau yang aku nih IQ tinggi?
Ngkau cakap sikit, otak aku akan ligat berfungsi.
Mencari yang silap sana atau sini.
Rupanya ini yang ngkau tak puas hati.
Tengoklah nanti, saksikan sendiri.
Inci dan kg akan berkurang lagi.
Apa yang ngkau dapat??? Cakap macam-macam lagi...
Hello??? Silap orang! Aku nih berwawasan tinggi!
pst... Ok tak???
nak cakap, gunalah otak!
sape yg laser ko neng?
sib baik org2 sekeliling aku supportive. Dulu chong selalu kutuk aku. skrg kata aku dah kurus. siap tolong kepohkan. tapi dia kata, gemuk boleh kurus. rendah tak boleh tinggi. ade je dia nak kutuk aku
chong kutuk tak pe, aku tak marah. mulut dia mmg celaka skit haha.. tapi hati baik
btw, kita berusaha jadi lebih sihat utk diri sendiri. tak ada kena mengena dgn org lain. kalau kena jantung ke, darah tinggi ke diaorg bukan bayarkan spital :)
ooo ramai org salah faham tentang kurus. lebih ramai nak kurus sebab nak cantik, bukan nak sihat. bukanlah salah sangat, tapi tak berapa betul
Huhuhu...
Adalah beberapa orang di kawasan liputan.
Yang direct cakap masih ada bonjolan di lengan.
Yang memang kaki kutuk, kutuk orang lain tapi aku yang merasakan.
Yang tak direct tapi letak kat status ym....berkias-kiasan
Inci kurang, "kencing" dia tohmahkan
Kalau tak percaya, meh sini aku tunjukkan
Jeles ke??? Atau cemburukan???
Atas saja nak kenakan.
Sungguh! Memang aku tak faham!
Ada spesies ini hidup di alam.
Mungkin dia anggap ini gurauan.
Tapi kalau dah lebih... memang overlah...kan?
Identiti akan aku rahsiakan.
Siapa makan cili, dia terasa pedas lah...kan?
ralat:
Atas saja nak kenakan.
sebenarnya:
Atau saja nak kenakan.
Awa...
Memang ramai yang support.
Biasalah...mmg wujud spesies langau.
Mulut jahat...hati aku tak tahu.
Ntah baik... ntah busuk...
Memang malas nak ambik tahu
hahaha.. ikut sukala ada benjolan ke apa.. bukan kite kerja model hehe. bukan nak body perfect, asal sihat Alhamdulillah. big mac aku pon ada gi :P
lg pon setau aku ukur lilit lengan tak ada sign apa2. tp kalau ukur lilit pinggang dan pinggul memang relate dgn masalah jantung.
buat sesapa tu, kalau dia baca komen aku ni.. hehe aku gelak je pasal org tak matang je yg reaksi mcm tu.. adiosss
neng, aku teruja lah nak tanya hang..camna hang kurus nih? hang makan ape..supplement ape..rekemen lah kat aku weh..aku pon dha makin membesar bagai johan nih.
Een,
Kira kalori untuk keperluan harian.
Kalau makan terlebih kalori, tak bersenam, memang akan jadi lemak.
Awa ada tulis benda nih kay blog dia. Dia yang banyak ajar aku tentang diet kalori.
Memang aku ada amik kopi GCL untuk detox. Tapi 2-3 bulan jer...pastu benti..mahal Ooo..
Aku prefer exercise ngan buat aktiviti fizikal. Sekarang nih berat aku dah 53kg... ada 3kg lagi nak buang nak capai 50kg!
Post a Comment