Pagi tadi aku gi ke tadika Kimi utk ambik report card ngan kertas test dia baru nih.
Kimi maintain no.3....sem lepas pun no. 3 gak.
Alhamdulillah....
Tapi ada sesuatu yang benar2 telah menyentap emosi aku sebentar tadi.
Aku baca buku aturcara majlis pagi tadi.
Kat last page....ada PERINGATAN KEPADA PARA IBUBAPA
1) Mulakan hari anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda merasa malu dan rendah diri.
~ yang ini aku mmg praktikkan...kejut Kimi dengan panggilan yang baik dan penuh kasih sayang....sampaikan abahnya pun naik nyampah...eleh...jeles la tuh....
2) Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih tinggi, beranding anak yang jarang dipeluk.
~ peluk gak...tapi tak lah setiap hari...
3) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Kerana ini akan menjadikan anak anda berasa lebih berkeyakinan berhadapan dengan persekitaran.
~ insyaAllah...akan amalkan selalu...kalau marah, pandangan marah lak....biar rasa bersalah sikit...
4) Berikan anak anda peneguhan setiap kali anak anda membuat kebaikan seperti ciuman, hadiah atau sekurang-kurangnya senyuman.
~ yang nih mmg selalu buat
5) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang melakukan sesuatu yang baik secara berterusan. Mereka hanya kanak2 yang sedang membesar. Kesilapan adalah pengalaman dalam perkembangan mereka.
~ ha..ah...mmg betol...ikut mood dia....kalau good mood tuh...tak payah suruh kemas rumah....dia dah kemas dulu...
6) Apabila berhadapan dengan masalah memilih kerjaya atau keluarga, pilihlah keluarga kerana masa pembesaran anak2 akan terus berlalu dan tak akan kembali.
~hmmmm...mmg betol....setuju...setuju...
7) Dalam membesarkan dan mendidik anak2, janganlah mengeluh. Ini kerana anak2 akan merasakan diri mereka sebagai beban.
~ ada gak aku ngeluh, bila Kimi nak macam2 time aku baru balik kerja....penat Ooooo
8) Dengarlah cerita anak anda kerana cerita itu tak akan didengar lagi.
~ ini yang membuatkan aku benar2 berasa sedih...mmg betol Kimi suka bercerita...kadang2 aku tak kosentret dengar cerita dia...sbb time tuh aku buat kerja lain...tengok tv...atau apa saja...Kimi suka bercerita tak mengira masa...sian dia....pas nih aku akan pastikan yang aku akan dengar cerita2 dia
9) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannnya. Tunjukkan bagaimana untuk menenangkan diri.
~ selalu gak buat...tapi kadang2 marah gak bila time tuh aku sibuk.
10) Buatkan sedikit persedian untuk menyambut hari jadinya. Sediakan hadiah yang unik walaupun murah untuk mendidiknya belajar menghargai.
~ yang nih acara tahunan
11) Kemungkinan anak kita akan menerima pelajaran dan pengajaran bukanlah pada kali pertama belajar. Didiklah mereka dengan cara yang lebih bersabar.
~ yang nih aku kureng sikit....tapi abah mmg pandai ajar budak2 nih....aku nih kurang sabar
12) Luangkan masa bersama anak2 diluar rumah. Peganglah tangan mereka ketika berjalan bersama. Ini menyebabkan mereka rasa penting dan dihargai.
~ ha..ah...selalu buat gak
13) Jadilah pendengar yang setia akan mimpi ngeri mereka. Mimpi ngeri mereka adalah begitu nyata dalah hidup mereka.
~ MMg selalu dengar mimpi si Kimi nih....tapi takdelah ngeri...
14) Hargailah barangan permainan kesayangan anak2 anda, untuk mendidik mereka agar menghargai barang2 orang lain. Elakkan membuang walaupun rosak. Hormati mereka dan minta kebenaran mereka sebelum membuat sesuatu.
~ Ha...ha....ha.....aku dah selalu sangat buang mainan si Kimi nih....banyak sangat! bersepah2 lak tuh...tapi mmg betul la...aku pernah buang bas kesayangan dia dalam bakul sampah....bila dia terjumpa, dia ambil balik...dan simpan elok2...tapi aku buang gak....senyap2 la... kali nih aku cuba praktikkan apa yang diatas tuh.
15) Jangan biarkan anak2 anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
~ Bukan setakat ciuman....dengan aku aku sekali tdo dengan budak2 nih. Selagi aku tak sebelah dia orang....dia orang tak akan tdo....nak tak nak...tdo gak la...sambil peluk2 lagi....bestnyer bau anak2...
16) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
~ betol tuh....selalu belajar dari mereka yang berpengalaman....bukannya syiok sendiri....
~INI AKAN MENGURANGKAN STRESS ANDA~
BETOL LAGI.....SOKONG 100%
No comments:
Post a Comment