Thursday, October 30, 2008

Sah ke sembahyang guna minyak wangi beralkohol?

Tadi berym ngan eyna_kl, bercakap pasal minyak wangi.
Dia ada promote kat aku minyak wangi yang boleh dibawa sembahyang.
Menarik nih....
Tapi....ada ker minyak wangi yang tak bole dibawa sembahyang?
Agaknya....sebab alkohol kot...
Aku pun google la tentang persoalan nih...
Akhirnya terjawap la soalan2 yang berlegar di kepala hotak aku....
Kod Sumber: j1b2s55
Jilid: 1
Kategori:
Thoharah/ Najis

Soalan 55
Adakah sah sembahyang jika memakai minyak
wangi mengandungi alkohol?

Jawapan
Dimaafkan cecair yang najis
seperti alkohol yang dicampurkan ke dalam ubat-ubatan atau benda-benda pewangi
seperti air wangi atau minyak wangi bagi tujuan memelihara dari kerosakan atau
untuk menahankan bauannya di atas kadar yang diperlukan bagi tujuan itu maka
dengan itu benda-benda pewangian atau ubat-ubatan yang dicampurkan ke dalam
cecair najis seperti alkohol bagi tujuan tersebut dan di atas kadar yang
diperlukan bagi tujuan itu harus dipakai dan digunakan sekalipun di dalam
sembahyang.


Satu lagi soal jawap ada kat Jabatan Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan

Terdapat juga blog lain yang mengupas isu penggunaan alkohol dalam minyak wangi

*Bukan setakat minyak wangi....dedoran, syampu, minyak rambut, losyen, toner pun kadang2 ada mengandungi alkohol.

No comments: